BAJU MELAYU

Baju Melayu merupakan pakaian tradisional dan pakaian kebangasaan lelaki melayu. Baju Melayu terbahagi kepada 2 bahagian. Baju berlengan panjang dan seluar panjang. Baju Melayu tiadak akan lengkap jika tidak dipadankan dengan songkok dan samping. Terdapat dua jenis baju melayu yang dapat dibezakan melalui leher atau kolarnya. Baju Melayu cekak musang yang terkenal di Negeri  Kedah and Baju Melayu Teluk Belanga yang popular dikalangan orang Johor.

 

BAJU MELAYU CEKAK MUSANG.

Baju Melayu Cekak Musang mempunyai 1 poket di atas dan dua poket di bawah. Baju Melayu Cekak Musang biasanya mempunyai  3 hingga ke 5 butang. Bagi rekaan 5 biji butang, 2 butang bertindih di cekak leher dan diikuti dengan 3 butang di bahagian bawah (paras dada).  Ramai yang tidak tahu bilangan butang sebenarnya mempunyai maksud tersendiri. 2 Butang di bahagian atas bermaksud kerukunan di antara pasangan suami isteri iaitu ibu dan ayah. Manakala 3 butang di bawahnya membawa lambing 3 orang anak iaitu sulung, tengah dan bongsu. Ada juga teori yang mengatakan kalangan bangsawan ataupun raja di istana menggunakan 7 butang pada Baju Melayu mereka.

BAJU MELAYU TELUK BELANGA

Baju Melayu Teluk Belanga ataupun dikenali sebagai Baju Kurung Johor mula diperkenalkan semasa pemerintahan Almarhum Sultan Abu Bakar tatkala Almarhum bersemayam di Teluk Belanga Singapura. Baju Melayu Teluk Belanga bukan sahaja berbeza pada lehernya, tetapi mempunyai cara pemakaiannya yang tersendiri. Bajunya mestilah labuhnya kebawah punggung dengan leher yang berlapik lebar. Terdapat pelbagai bentuk sulaman tangan yang dipadankan pada bahagian leher seperti mata lalat, tulang belut dan insang pari. Seluarnya pula hendaklah bertongkah atau bertakak seperti seluar cina yang kakinya lebih luas dari seluar yang dipakai oleh orang barat. Biasanya akan dipakai dengan samping di dalam baju dikeluarkan berbeza dengan cara pemakaian Baju Melayu Cekak Musang.

BAJU MELAYU TREND SEKARANG

Seperti yang kita tahu, fesyen dipengaruhi oleh peredaran zaman dan generasi. Dan ia juga dipengruhi oleh persekitaran dan budaya-budaya masyarakat lain. Di genrasi zaman ini lebih berminat dengan fesyen baju melayu moden. Dimana terdapat beberapa perubahan pada struktur asal baju melayu tersebut. Seperti dari segi saiz. Mereka lebih gemar memakai siaz yang betul-betul mengikut badan mereka. Ada baju melayu tanpa pesak. Ianya kelihatan lebih kecil dari baju melayu tradisional yang nampak gelobos. Pada bahagian kolar ada yang menggabungkan dengan konsep kolar pakaian tradisional masyarakat cina iaitu cheongsam. Seluarnya pula ada yang dipadankan dengan warna lain untuk menapakkan fesyen dan style yang unik.

Secara kesimpulannya fesyen ini akan berubah-ubah mengikut peredaran zaman. Seperti yang kita dapat lihat sekarang ini. Apa yang paling penting adalah berfesyen mngikut yang sesuai dengan budaya dan agama kita. Sebagai seorang hamba kita hendaklah patuh pada arahan pencipta. Tidak perlulah kita bertelagah mngenai baju melyu moden ataupun baju melayu tradisional mahupun kurta. Saya percaya satu hari nanti baju melayu tradisional akan kembali melonjak pada suatu hari nanti apabila generasi ketika itu telah bosan dengan trend yang sedia ada. Anggaplah ini sebaagai wartikah ucapan saya sempena tahun baru 2018. Sekian terima kasih.