fbpx

Kurta Eksklusif mahupun Baju Melayu Linen dari JL Manshop merupakan produk pakaian eksklusif yang direka khas untuk membantu jejaka yang ingin kelihatan segak, kacak dan bergaya ketika menghadiri apa jua acara.

Tidak seperti produk kurta dan baju melayu yang lain, produk pakaian dari JL Manshop dihasilkan dari fabrik terpilih yang bermutu tinggi dengan corak & design yang menarik dan eksklusif.

 

Kurta Eksklusif mahupun Baju Melayu Linen dari JL Manshop dihasilkan dari fabrik terbaik diimport seperti oxford cotton, pin point cotton dan linen. Fabrik – fabrik ini lebih tahan lama terutama sekali dari segi warna dan struktur fabrik  jika dibandingkan dengan fabrik lain seperti polyester ataupun satin. Tambahan juga fabrik seperti cotton dan linen lebih selesa dan tidak panas jika dibandingkan dengan fabrik lain. 

Exclusive, elegant, classy

Anda membuat pilihan yang tepat jika anda mencari kurta dan baju melayu yang :-

·         Mempunyai element yang klasik

·         Ketulenan

·         Eksklusif

·         Sangat Selesa

·         Size Availability

 

KLASIK

Untuk menghasilkan baju melayu, terdapat pelbagai aspek yang harus diteliti untuk memelihara keaslian baju melayu tersebut. Antaranya,  ia perlu diterapkan dengan elemen klasik. Dari segi corak baju, warna dan cutting/ potongan baju untuk memenuhi konsep klasik yang menjadi identiti produk kami. Produk kami sangat sesuai bagi mereka yang minat dengan elemen-elemen klasik seperti seluar dan baju yang besar dan gelobos, leher teluk belangan sulaman tangan dan baju yang bercorak jalur-jalur ataupun kotak-kotak.

KETULENAN

Jika membincangkan aspek ketulenan, kami mempunyai konsep kami sendiri dari segi potongan, saiz, corak dan material. Sekilas pandang, anda sudah tahu itu produk kami. Dari segi pemilihan fabrik, pemotongan fabrik dan menjahit fabrik kami lalukan sendiri. Ini adalah untuk mengekalkan kualiti produk kami. Semua pelanggan kami sangat berpuas hati dengan produk kami.

 

EKSKLUSIF

Eklusif bermaksud hasil produk yang halus, indah serta unik. Ini merupakan elemen produk yang kami kekalkan sehingga sekarang. Produk kami adalah sangat eksklusif. Dengan slogan “1 warna 1 helai sahaja” . Kenapa? Tentu ramai yang tertanya-tanya. Kami sangat mementingkan hati pelanggan kami. Kami mahu mereka berasa sangat bangga dan gembira menggunakan Baju Melayu keluaran kami. Baju Melayu yang sangat unik, bekualiti dan hanya boleh di dapati di JL Manshop.

SANGAT SELESA

Dalam produk pakaian, aspek yang boleh membuktikan ianya selesa adalah,

1.    Breathable (tidak panas)

2.    Lembut dan tidak kasar

Dan yang paling penting bebas dari bahan kimia yang merbahaya. Anda haruslah berjaga-jaga dalam pemilihan fabrik kerana terdapat pelbagai bahan kimia yang digunakan untuk menghasilkan fabrik membuat pakaian. Ini lah yang membezakan harga setiap fabrik tersebut.

Di JL Manshop kami menggunakan fabrik cotton dan linen “Super fine” yang diimport khas dari Italy. Ianya amat susah untuk didapati kerana harganya yang agak mahal.

SIZE AVAILABILITY

Dari segi saiz, kami mempunyai pattern saiz kami sendiri. Berdasarkan pengalaman kami sepanjang 30 tahun. Saiz kami bermula dengan S,M,L dan XL. Jika membeli produk kami, anda tidak memerlukan XXXXXL yang banyak. Berdasarkan pengalaman kami, XL sudah memadai. Melainkan anda mempunyai ukur lilit pinggang lebih dari 48 inci. Size kami berkonsepkan “International Size” sesuai untuk semua.

 

Terkini selepas sambutan luar biasa terhadap konsep Baju Melayu kami, kami telah menghasilkan produk kurta keluaran kami sendiri berkonsepkan smart casual. Sesuai untuk semua majlis. Masih menerapkan ciri-ciri kekuatan asas kami

·         Mempunyai element yang klasik

·         Originality

·         Eksklusif

·         Sangat Selesa

Tampil dengan 4 jenis design dan pattern

1.    Kolar Cekak Musang

2.    Kolar Teluk Belanga

3.    Kolar Cheongsam

4.    Kolar V-shape

 

Terdapat lebih dari 100 warna dan corak untuk dipilih.

Cara Membeli Di Kedai Online JL Manshop

1. Klik butang SHOP NOW! Anda akan dibawa ke muka kedai online JL Manshop.

2. Klik pada produk pilihan KURTA  LELAKI MODEN atau BAJU MELAYU LINEN.

3. Pilih saiz yang dikehendaki berdsarkan saiz pinggang yang sesuai.

4. Buat pilihan berdasarkan corak yang anda minat.

* Anda haruslah membuat pilihan saiz terlebih dahulu kerana 1 warna 1 saiz sahaja. Setiap saiz mempunyai koleksi warna yang tersendiri.

Anda tidak perlu gusar. Kami di JL Manshop tidak menjanjikan harga yang murah. Tetapi menjanjikan hasil kerja yang halus teliti dan berkualiti. Apa yang paling penting sekali ialah kami mementingkan keselesaan dan kesihatan pelanggan kami. Kami menyediakan perkidmatan 100% telus. Material yang berkualiti tinggi dan hasil kerja yang sangat memuaskan. Sesuai dengan pelanggan yang mementingkan kepuasan dalam bergaya.

Untuk kepuasan anda boleh terus ke butik kami untuk mendalami dan merasai sendri produk kami dengan lebih dekat.

Back to top