Assalammualaikum dan salam sejahtera. Saya Muhammad Abshor Bin Paizun seorang mekanik automotif. Menjalankan perniagaan online Kurtabshor by JL Manshop.

Kurtabshor adalah produk terbaru keluaran JL Manshop yang diusahakan oleh bapa saya sendiri, Paizun Bin Jemaat. Saya telah menceburi bidang pakaian lelaki sejak umur 11 tahun.

Syarikat JL Manshop telah diusahakan oleh bapa saya sejak tahun 1985. Beliau telah berkecimpung dalam bidang fesyen lelaki lebih kurang 30 tahuan.

Menggunakan kepakaran dan pengalaman yang telah diasah selama 30 tahun lebih, kami menghasilkan produk baru iaitu Kurta Abshor.

Seperti produk produk kami yang sebelum ini, kami masih mengekalkan konsep kualiti dan eksklusif untuk pelanggan-pelanggan kami.

Idea penghasilan blog ini adalah untuk menigkatkan kesedaran dan memberikan info kepada lelaki mengenai bidang fesyen lelaki.

Fesyen merupakan satu elemen penting dalam kehidupan seharian. Untuk itu kita memerlukan ilmu dan tips-tips berguna. Semua itu anda boleh dapatkan disini.