Bagaimana Mengetahui Perbezaan Antara Fabrik adalah dengan melihat terus cepat pada kain yang yang ditenun. Lalukan ia pada kulit anda untuk merasakan permukaan fabrik tersebut adalah idea yang baik untuk membiasakan diri dengan kain ini. Berikut adalah beberapa jenis fabrik yang terkenal di Malaysia.
COTTON
COTTON berasal dari sebuah pokok kapas. Jika dilihat di bawah mikroskop gentian ini kelihatan seperti sekeping riben yang berpintal. Kain yang kapas yang dihasilkan adalah lembut, menyerap air, dan mudah kedut. Kapas adalah kain yang ringan dan sejuk.
LINEN
LINEN berasal dari batang tumbuhan flaks , gentiannye kelihatan seperti buluh kecil. Fabrik ini menghasilkan efek berkilat, kuat, semakin lembut apabila semakin kerap digunakan, menyerap air, dan mudah kedut. Ia juga dikenali sebagai fabrik yang sejuk untuk iklim panas.
SILK(SUTERA)
SILK(SUTERA) adalah dihasilkan dari kepompong ulatsutera. Gentiannya mempunyai 2 ciri iaitu, licin, dan berkilat. Fabrik yang dihasilkan adalah ringan tetapi mempunyai kemampuan untuk menyimpan haba si pemakai.
WOOL
WOOL dihasilkan dari bulu seekor kambing. Di bawah mikroskop ia kelihatan seperti corkscrews bersisik. Gentian adalah tahan lama, tidak kedut, stretchable dan berupaya kembali ke bentuk asal. Fabrik ini juga mudah menyerap air, lembut dan mempunyai pengudaraan yang baik.
RAYON
RAYON diperbuat daripada kayu. Gentian berbentuk seperti rod licin dan seperti kaca, yang mudah stretchable. Rayon tidak kedut, lembut dan menyerap air.
ACETATE
ACETATE ialah yang dihasilkan daripada kayu. Di bawah mikroskop dapat dilihat alur halus sepanjang gentian. Asetat adalah lembut, licin, dan tidak tahan haba yang terlalu panas.Haruslah berhati-hati ketika menyeterika. Ia tidak menyerap air. kain yang sejuk.
NYLON\
NYLON dihasilkan dari arang batu. Gentian di bawah mikroskop adalah kelihatan seperti rod yang licin. Fabrik ini adalah berkilat, tahan lasak, stretchable dan tidak tahan haba yang terlalu panas. Fabrik ini dikenali sebagai nonabsorbent, cepat kering, dan tidak mudah berkedut. Kain yang sejuk tetapi kurang selesa.
ACRYLIC
ACRYLIC diperbuat daripada hasil petroleum. Di bawah mikroskop keratan rentas gentian ini adalah berbentuk seperti tulang anjing. Fabrik adalah ringan, panas, dan cepat kering.
POLYESTER
POLYESTER diperbuat dari hasil petroleum. Di bawah mikroskop keratan rentas gentian ini kelihatan seperti nylon tetapi kurang jelas. Serat tidak kedut, lembut seperti sutera, kuat, dan penyerap menyerap air.
Kesimpulannya anda haruslah bijak dalam memilih fabrik untuk pakaian anda. Keran ini akan mempengaruhi aktiviti seharian anda. Setiap fabrik mempunyai kebaikan dan kelemahan yang tersendiri. Semestinya fabrik yang baik harganya mahal setanding dengan kualiti dan kebaikan fabrik tersebut. Seperti yang saya kongsi sebelum ini fabrik juga boleh mempengaruhi tahap kesihatan kita. Berhati-hati dalam memilih fabrik yang menggunakan bahan kimia.
Kami di JL Manshop tidak menjanjiakan harga yang murah. Tetapi menjanjikan hasil kerja yang halus teliti dan berkualiti. Apa yang paling penting skali ialah kami mementingkan keselesaan dan kesihatan pelanggan kami. Kami menyediakan perkidmatan 100% transparent. Material yang berkualiti tinggi dan hasil kerja yang sangat memuaskan. Sesuai dengan pelanggan yang mementingkan kepuasan dalam bergaya.
Follow kami di:
Komen Pembaca