Baju Melayu. Merupakan antara kata kunci yang melonjak naik dalam google search apabila hari raya menjelma. Tetapi sejak kebelakangan ini budaya pemakaian baju melayu di kalangan lelaki semakin berkurangan. Ramai pereka fesyen tempatan tampil dengan pelbagai idea untuk menarik minat kaum lelaki untuk menggayakan semula baju melayu.

Tanpa disedari, pemakaian baju melayu pada masa kini semakin meluas. Dahulu ianya digunakan pada hari raya, bersolat. Tetapi kini ianya digunakan untuk ke pejabat pada hari Jumaat. Menghadiri majlis-majlis keramaian seperti perkahwinan dan lain- lain.

Seperti yang anda semua sedia maklum berikut adalah jenis fesyen pakaian lelaki terkini yang boleh dijadikan rujukan untuk Hari Raya dan juga majlis-majlis lain yang tertentu.

  • BAJU MELAYU CEKAK MUSANG DAN TELUK BELANGA

Merupakan pakaian tradisional masyarakat melayu sejak zaman dahulu lagi. Ianya merupakan pakaian harian masyarakat melayu. Di mana secara asasnya mempunyai bentuk yang sama. Cuma perbezaan pada jenis kolarnya sahaja. Kolar Cekak musang biasanya mempunyai 3,4 atau 5 butang. Manakala Kolar Teluk Belanga berbentuk bulat dan terdapat jahitan tulang belut disekelilingnya. Kini, baju melayu dimodenkan tanpa pesak dan saiznya lebih kecil dan fit. Menjadi kegilaan remaja sekarang untuk kelihatan tampan dan gagah.

  • KURTA

Kurta berasal dari bahasa benggali adalah pakaian tradisional yang dipakai di Afghanistan, Bangladesh, India, Pakistan, Nepal dan Sri Lanka. Ianya biasanya dipakai longgar yang bahagian bawahnya sehingga mencecah lutut. Biasanya dipadankan dengan jeans. Kurta pernah popular di Malaysia pada era 60-an dan 70-an. Kini ianya popular kembali dengan design yang lebih menarik. Warnanya disesuaikan dengan budaya melayu dan potongannya dipendekkan sedikit. Sangat sesuai untuk pelbagai acara dan boleh digayakan bila bila masa.

Baju Melayu dari JL Manshop merupakan produk pakaian eksklusif yang direka khas untuk membantu jejaka yang ingin kelihatan smart dan bergaya ketika menghadiri apa jua acara.

Tidak seperti produk baju melayu yang lain, baju melayu dari JL Manshop dihasilkan dari fabrik terpilih yang bermutu tinggi dengan corak & design yang menarik dan eksklusif.

Baju Melayu dari JL Manshop dihasilkan dari fabrik terbaik diimport seperti oxford cotton, pin point cotton dan linen. Fabrik – fabrik ini lebih tahan lama terutama sekali dari segi warna dan struktur fabrik  jika dibandingkan dengan fabrik lain seperti polyester ataupun satin. Tambahan juga fabrik seperti cotton dan linen lebih selesa dan tidak panas jika dibandingkan dengan fabrik lain. 

  • JUBAH

Jubah ataupun Abaya yang berasal dari perkataan arab yang bermaksud bahasa sehari-hari dan lebih kerap. Pakaian ini biasanya digayakan oleh wanita dan lelaki yang berasal dari timur tengah. Jubah dikenali dengan pelbagai nama tetapi berkhidmat dengan tujuan yang sama, iaitu untuk menutupi. Model kontemporari biasanya caftans, dipotong kain seperti crepe, georgette, dan chiffon.Lain-lain gaya abaya yang diketahui adalah terbuka depan dan abaya tertutup depan.Gaya berbeza dari rantau ke rantau: sesetengah abayat mempunyai sulaman pada kain hitam manakala yang lain berwarna cerah dan mempunyai bentuk karya seni yang berbeza di sekelilingnya. Di Malaysia ianya terdapat pelbagai pattern dan warna. Terutama sekali pada bahagian kolarnya. Selesa dan mudah dipakai.

Kami di JL Manshop tidak menjanjiakan harga yang murah. Tetapi menjanjikan hasil kerja yang halus teliti dan berkualiti. Apa yang paling penting skali ialah kami mementingkan keselesaan dan kesihatan pelanggan kami. Kami menyediakan perkidmatan 100% transparent. Material yang berkualiti tinggi dan hasil kerja yang sangat memuaskan. Sesuai dengan pelanggan yang mementingkan kepuasan dalam bergaya.

Baju Melayu dari JL Manshop merupakan produk pakaian eksklusif yang direka khas untuk membantu jejaka yang ingin kelihatan smart dan bergaya ketika menghadiri apa jua acara.

Tidak seperti produk baju melayu yang lain, baju melayu dari JL Manshop dihasilkan dari fabrik terpilih yang bermutu tinggi dengan corak & design yang menarik dan eksklusif.

Baju Melayu dari JL Manshop dihasilkan dari fabrik terbaik diimport seperti oxford cotton, pin point cotton dan linen. Fabrik – fabrik ini lebih tahan lama terutama sekali dari segi warna dan struktur fabrik  jika dibandingkan dengan fabrik lain seperti polyester ataupun satin. Tambahan juga fabrik seperti cotton dan linen lebih selesa dan tidak panas jika dibandingkan dengan fabrik lain. 

Follow kami di: