Baju Melayu, mahupun kurta merupakan isu hangat yang diperkatakan apabila tiba musim perayaan. Selalunya yang menjadi masalah adalah pemilihan warna dan saiz. Jarang sekali pembeli mengalami masalah pemilihan material. Kenapa? Ini kerana ramai pembeli kurang pengetahuan dari segi material terbaik ataupun yang kurang baik. Ada juga yang menjadi pelanggan setia untuk satu material sahaja. Tidak mahu menukar material lain. Kerana sudah selesa.

Di sini ingin saya kongsikan 3 jenis material yang terbaik yang sering digunakan untuk membuat baju melayu, kurta ataupun kemeja. Berdasarkan pengalaman kami dalam bidang pakaian lelaki selama lebih 30 tahun terdapat 3 jenis material terbaik yang selesa, lembut dan tidak panas serta sesuai dengan iklim kita di Malaysia.

  1. Cotton

Cotton, selain dari materialnya yang lembut dan tidak panas, cotton juga mempunyai warna-warna natural yang tersendiri yang membuatnya kelihatan menarik. Cotton merupakan antara produk yang tertua yang telah wujud beribu tahun lamanya. Cotton merupakan antara fabrik yang tahan lama dan senang dijaga.

“Kami mengadakan promosi dari 20 Mac 2021 HINGGA 20 Mei 2021. Cepat selagi stok masih ada 1 warna 1 helai sahaja.”

Fabrik ini sangat mudah untuk dibasuh, hanya dengan menggunakan air suam dan sabun untuk menanggalkan kotoran. Walaupun cotton akan mengecut apabila dibasuh, tetapi kadar pengecutannya adalah sangat minimum dan sedikit.

Tentu sekali cotton mempunyai pelbagai jenis dan kualiti, jika anda mendapatkan cotton yang berkualiti ianya juga amatlah tahan lama dan tidak berbulu walaupun sudah berusia. Haruslah diingat, walaupun ianya tahan lama, hendaklah dielakkan menjemur cotton direct dengan cahaya matahari untuk mengelakkan warnanya luntur. Cotton juga akan luntur jika dibasuh dengan air yang mengandungi klorin.

 

2. Linen

Baju melayu linen

Dihasilkan dari pokok flax dan menjanjikan ketahanan yang sangat tinggi berbanding dengan cotton. Jangan terkejut, linen akan menjadi lebih kuat jika dalam keadaan basah. Ini menunjukkan fabrik ini adalah sangat utuh, tahan lama dan mudah dibasuh.

Sama dengan penjagaan cotton, linen hendaklah dielakkan daripada direct cahaya matahari dan elakkan membasuhnya dengan air yang mengandungi klorin. Linen sangat mudah untuk dijaga, ianya tahan kotoran dan serangga perosak.

Walaupun ianya mudah kedut. Tetapi jika anda menggosoknya dengan cara yang betul ianya tidak akan menjadi masalah. Anda boleh rujuk tips Bagaimana untuk menghilangkan kedutan daripada linen.

 

3. Viscose

Sejak kebelakangan ini, fabric ini jarang-jarang disebut. Fabrik ini mempunyai ciri-ciri gabungan sutera dan polyester ataupun satin. Viscose, merupakan semi-synthetic material yang diperbuat dari cellulose fibre. Ianya mempunyai ciri berkilat satin dan lembut seperti sutera.

Sangat cantik, selesa dipakai dan tidak panas. Tetapi agak susah untuk dijaga. Mudah mengecut apabila dibasuh, mudah luntur jika tidak dijaga dengan betul.

Adalah dinasihatkan, jika anda memilih viscose haruslah memilih viscose blend seperti linen-viscose, cotton viscose dan polyester-viscose. Untuk mendapatkan kualiti yang terbaik dan tahan lama.

Viscose tidak tahan lasak, mudah berbulu, mudah reput jika direndam di dalam air terlalu lama. Ianya memerlukan professional care atau dengan erti kata lain dry cleaning.

“Kami mengadakan promosi dari 20 Mac 2021 HINGGA 20 Mei 2021. Cepat selagi stok masih ada 1 warna 1 helai sahaja.”

Baju melayu mahupun kurta, pemilihan fabric adalah penting untuk menjamin keselesaan anda semasa memakainya. Haruslah diigat pemilihan fabrik adalah sangat penting juga untuk kesihatan kerana kini terdapat pelbagai fabrik yang mengandungi bahan kimia yang sangan merbahaya yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit seperti alahan dan kanser.

 

Kami di JL Manshop tidak menjanjiakan harga yang murah. Tetapi menjanjikan hasil kerja yang halus teliti dan berkualiti. Apa yang paling penting skali ialah kami mementingkan keselesaan dan kesihatan pelanggan kami. Kami menyediakan perkidmatan 100% transparent. Material yang berkualiti tinggi dan hasil kerja yang sangat memuaskan. Sesuai dengan pelanggan yang mementingkan kepuasan dalam bergaya.

 

Follow kami di: