Patterns fabrik dapat membantu dalam pengaliran udara dan haba dari badan yang juga merupakan aspek penting dalam pemilihan fabrik untuk membuat suits.

Seperti yang dijangka pemilihan pattern adalah agak susah jika dibandingkan dengan warna solid. Pemilihan pattern memerlukan penelitian yang lebih mendalam. Dalam situasi formal, pattern adalah kurang formal jika dibandingkan dengan warna solid. Pattern lebih sesuai untuk event yang lebih relax dan santai.

Jika anda inginkan kelaianan dan formal, pinstripes adalah yang palaing sesuai. Ini kerana saiz pattern juga mempengaruhi tahap formal pakaian tersebut. Pattern yang berskala besar adalah kurang formal jika dibandingkan dengan pattern yang berskala kecil. Berikut adalah beberapa penerangan mengenai pattern.

 

STRIPES

Kita mulakan dengan pattern yang sangat popular iaitu stripes. Selalunya pattern stripes ini akan menegak ke bawah. Terdapat pelbagai jenis stripes. Pinstripes, chalk stripes. Pinstripes merupakan pattern yang paling popular dan paling klasik.

Navy pinstripes adalah sanagat traditional dan merupakan warna populah untuk kebanyakan ahli perniagaan.

Bagaimanakah bentuknya? Seperti nama yang diberikan. Pinstripe adalah stripes halus seperti saiz pin. Selalunya ianya berwarna putih ataupun kelabu.

Pinstripes

Terdapat juga yang berwana pastel. Tetapi selalunya mengikut musim dan ketinggalan.

Kenapa warna putih. Berdasarkan pengalaman, warna tersebut sesuai dengan situasi formal dan tidak formal juga sangat mudah untuk dipadankan dengan mana-mana kemeja dan tali leher.

Pinstripes juga sesuai untuk pemakai yang ingin kelihatan tinggi dan nampak kurus. Sesuai untuk orang yang berbadan besar. Tetapi chalk stripes tidak sesuai untuk yang berbadan besar. Kerana stirpes nya yang lebih lebar akan membuatkan si pemakai kelihatan besar.

 

CHECKS

Pattern fabrik Checks adalah yang kedua popular selepas stripes. Terdapat pelbagai jenis checks seperti plaid,glen. Plaid dalam American English membawa maksud tartan yang hamper sama patternnya dengan Scottish clans.

Dalam British English, plaid membawa maksud kain yang digunakan sebagai selimut yang dipadankan dengan kilt.

Plaid merupakan gabungan antara vertical dan horizontal stripes. Sesuai untuk majlis-majlis formal.

 

GLEN CHECK

Glen check merupakan pattern yang sangat porpular dikalangan checks. Ianya terbentuk dari check-check kecil dan menghasilkan efek check besar. Sesuai untuk acara semi formal. Berhati-hati jangan sesekali menggunakannya dalam acara formal. Ianya adalah sangat tidak sesuai.

WINDOWPANE

Jenis check yang menghasilkan checkerboard effect. Selalunya digunakan untuk sports jackets. Dan jarang sekali digunakan. Untuk memakai pattern ini, anda memerlukan konfiden yang tinggi.

HERRINGBONE AND HOUNDSTOOTH

Jika anda iginkan kelainan, Herringbone dan Houndstooth adalah option yang anda boleh pilih. Patternnya seperti corak anak panah dan selalunya diperolehi pada kain tenunan yang berat seperti tweed.

Herringbone adalah hamper sama dengan Glen Check ia sesuai untuk semua majlis terutama sekali pada musim sejuk.

Herringbone

Houndstooth juga menggunakan konsep yang serupa tetapi menggunakan pattern saw-blade yang selalunya digunakan pada sport jacket.

BIRD’S EYE AND NAILHEAD

Dalam konsep formal bird’s eye ataupun nailhead terletak diantara solid dan stripes. Pattern ini adalah gabungan dots-dots kecil yang berwarna cerah di atas warna latar yang gelap.

Selalunya pattern ini akan menggunakan konsep warna yang hamper sama dan akan menghasilkan efek seperti material Oxford.

Sesuai untuk semua majlis jika manggantikan warna solid. Agak mencabar dalam pemilihan kemeja dan tie. Jika pemilihan yang salah akan kelihatan pelik.

 

Kesimpulannya anda haruslah bijak dalam memilih fabrik untuk pakaian anda. Kerana ini akan mempengaruhi aktiviti seharian anda. Setiap fabrik mempunyai kebaikan dan kelemahan yang tersendiri. Semestinya fabrik yang baik harganya mahal setanding dengan kualiti dan kebaikan fabrik tersebut. Seperti yang saya kongsi sebelum ini fabrik juga boleh mempengaruhi tahap kesihatan kita. Berhati-hati dalam memilih fabrik yang menggunakan bahan kimia.

Pattern fabrik Kami di JL Manshop tidak menjanjiakan harga yang murah. Tetapi menjanjikan hasil kerja yang halus teliti dan berkualiti. Apa yang paling penting skali ialah kami mementingkan keselesaan dan kesihatan pelanggan kami. Kami menyediakan perkidmatan 100% transparent. Material yang berkualiti tinggi dan hasil kerja yang sangat memuaskan. Sesuai dengan pelanggan yang mementingkan kepuasan dalam bergaya.

 

Follow kami di: