Warna boleh membangkitkan perasaan dan emosi tertentu. Ahli psikologi telah menekankan tentang “psiklogi warna” kerana warna boleh menyampaikan mesej tanpa lisan. Syarikat-syarikat besal misalnya menggunakan warna tertentu untuk menekankan imej jenama tertentu yang mereka mahu untuk menggambarkan konsep syarikat mereka. Sebagai contoh syarikat alam sekitar mewarnakan logo mereka dengan hijau untuk menggariskan pendirian mereka mengenai kelestarian alam sekitar.

Manakala suits dan kemeja biasanya tidak lengkap jika tiada tali leher. Tali leher mempunyai kuasa warnanya yang tersendiri. Berikut adalah enam warna tali leher yang juga akan melambangkan personaliti anda.

Tali leher MERAH TERANG biasanya dikaitkan sebagai “kuasa tali leher”. Merah adalah warna yang menarik perhatian yang biasanya dikaitkan dengan semangat, kuasa, kasih dan kekuatan. Kerana ia adalah satu warna yang kuat dan menarik perhatian. Untuk menggunakan tali leher warna ini anda perlu berhati-hati, melainkan jika anda ingin kelihatan berani yang membuat anda menjadi perhatian ramai. Warna ini sesuai untuk dipadankan dengan pakaian berwarna navy blue, kelabu dan charcoal grey. Jika anda sedang mencari tali leher yang cerah dan meriah, tetapi tidak mahu kelihatan berani tali leher merah terang, pilihan terbaik adalah warna merah yang didominasi oleh warna coklat.

BURGUNDY adalah hubungan merah hati dan merah gelap yang lain (ceri,merah, merah tua dan lain-lain) yang popular di dunia tali leher. Ianya bersifat timeless elegan dan sesuai dengan mana-mana musim. Sangat sesuai dengan ahli perniagaan.

NAVY BLUE adalah warna paling popular dikalangan lelaki. Ia memberi maksud yang tenang dan menenangkan alam semula jadi, keanggunan dan matang. Ia warna yang mudah didapati. Warna ini juga timeless elegan dan boleh dipakai pada musim bunga dan musim sejuk. Sebagai panduan, Pasangkan tali leher ini dengan suits yang contra untuk susunan yang lebih menarik. Navy blue akan kelihatan sangat menarik apabila dipasangkan dengan baju putih klsik berjalur halus dan suits.

BIRU MUDA sangat sesuai pada musim bunga dan musim panas. Ia adalah lebih baik jika dibandingkan dengan navy blue. Ia lebih menarik yang membangkitkan keremajaan dan kegembiraan. Sebagai panduan, anda boleh memadankan ia dengan suits charcoal grey. Perfect untuk musim bunga dan musim panas.

PINK adalah warna campuran semangat merah dengan kesucian putih. Oleh itu, adalah sering digelar “warna romantis”. Dalam dunia tali leher, merah jambu biasanya dikesan pada musim bunga dan musim panas. Sebagai panduan, Pakai tali leher merah jambu dengan kombinasi shirt light rose, navy blue dan light rose pocket square. Sangat sesuai digayakan untuk makan malam di restoran mewah. Saya memberi jaminan bahawa SI DIA akan mengagumi anda.

ORANGE kadang-kadang dipanggil “warna gembira”. Bergantung  kepada tone warna tersebut, ia boleh dipkai pad musim bunga, musim panas dan musim luruh. Untuk musim bunga, lebih cerah dan pastel merupakan hubungan  orange yang sangat popular.

Selesailah ENAM WARNA tali leher dari saya. Saya berharap tips ini dapat membantu anda untuk membulat pilihan tali leher anda.

Selamat mencuba !!!!!!

Kami di JL Manshop tidak menjanjiakan harga yang murah. Tetapi menjanjikan hasil kerja yang halus teliti dan berkualiti. Apa yang paling penting skali ialah kami mementingkan keselesaan dan kesihatan pelanggan kami. Kami menyediakan perkidmatan 100% transparent. Material yang berkualiti tinggi dan hasil kerja yang sangat memuaskan. Sesuai dengan pelanggan yang mementingkan kepuasan dalam bergaya.

 

Follow kami di: