Pada posting yang lalu, saya telah berkongsi info mengenai 
produk baru kami Kurta Linen Eksklusif. Feedback dari ramai 
pelanggan kami mngatakan Linen mudah berkedut dan susah untuk 
digosok. Hari ini saya akan  berkongsi tips mudah untuk 
menghilangkan kedutan pada fabric linen anda.

Kedutan adalah salah satu daripada ciri-ciri unik linen sebenar.

Bergantung pada masing-masing, ada yang tidak suka kedutan linen 
ada juga yg berpendapat ianya unik.
Walaupun telah menggosok menggunakan seterika ataupun seterika 
stim. 
Ianya memerlukan kesabaran yang tinggi untuk menghilangkan kedutan
tersebut. Namun masih terdapat kesan-kesan kedutan pada 
fabrik linen tersebut.

Berikut adalah cara yang mudah untuk menghilangkan kedutan 
menggunakan seterika biasa tanpa menggunakan stim ataupun 
spray air.

Cara ini akan melicinkan linen anda sepenuhnya bebas kedut,

Ambil linen berkedut dan letakkan di papan seterika anda.

Diambil dari kurta linen eksklusif

Langkah kedua.
Basahkan baju t-shirt lama atau kapas dengan air paip.
Pastikan ianya masih lembap dan tidak menitik.Perah jika ia 
masih menitik.
Letakkan t-shirt basah itu di atas linen anda.


* Gunakan tuala kapas lembut seperti tuala tangan bar, 
bukan kain terry.

Langkah ketiga.
Pastikan seterika diset di atas kapas (cotton) pada haba tertinggi.

Ia berfungsi lebih baik jika anda hanya menyeterika ke atas 
satu lapisan kapas.

Lalukan seterika diatas kain kapas perlahan-lahan.
Apabila anda selesai, keluarkan tuala kapas atau t-shirt.

 

Lihat hasilnya. Selepas diseterika semua kedutan hilang. 
Selamat mencuba. Sebarang pertanyaan amalah dialu-alukan.



Pengumuman :

Dapatkan Kurta Linen Eksklusif by JL Manshop sekarang. Disini kami sentiasa mencari jalan untuk memperbaiki mutu fesyen di Malaysia dengan menawarkan pengalaman yang tidak dapat ditandingi dalam kain, trim, jahitan dan kemasan. KLIK DISINI